CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 30, 2008

senandung kedua

The Couple Pictures, Images and Photos

Hari demi hari,bulan demi bulan,tahun demi tahun,perasaan Markisa terhadap sang unsung tidak pernah pudar walaupun dia sentiasa ditemani oleh lelaki lain.Markisa sayang pada lelaki tersebut,tapi cintanya hanya untuk sang unsung tersebut.Dalam masa yang sama hatinya juga sentiasa teringatkan cinta pertamanya,kerana baginya cinta pertamanya sangat istimewa dan sangat sukar dilupakan.Cinta pertamanya mula berputik semasa dia masih lagi di bangku sekolah rendah.Pelbagai dugaan yang terpaksa dihadapi oleh mereka,kerana jejaka tersebut digilai ramai gadis kerana paras rupanya yang sangat comel.Tetapi,Markisa mencintai lelaki tersebut bukan kerana paras rupanya yang comel,tetapi sikapnya dan hobi mereka yang serupa.Mereka banyak berkongsi pengalaman dan minat bersama.Melalui semua itulah cinta di antara mereka mula mekar dan terus mekar.Namun,banyak perkara yang terjadi yang menguji kesabaran Markisa terhadap jejaka tersebut.Terutamanya apabila dia terpaksa berhadapan dengan gadis-gadis lain yang cuba merampas jejaka tersebut.Walaupun jejeka itu berlaku curang,namun dia tetap tabah dan sabar menghadapinya kerana Markisa bukanya orang yang jenis mudah berputus asa.Tambahan lagi,jejaka tersebut sangat memerlukannya.Markisa juga sedar bahawa dia tidak akan dapat meneruskan hidupnya tanpa jejaka tersebut.Tetapi,akhirnya cinta mereka berakhir juga kerana kehadiran dua orang betina yang sangat menjijikan.Hubugan mereka berakhir ketika Markisa berada di tingkatan4. Ketika itu hati Markisa seperti permata yang tercampak di lautan dan tidak akan kembali ke daratan.Jejaka yang dicintai telah meniduri dua orang betina tanpa menghiraukan hati dan perasaan Markisa terhadapnya.Bertambah parah apabila dua orang betina tersebut terus dan terus menghina Markisa.Peritnya apa yang Markisa terpaksa lalui.Setiap hari hidupnya dihiasi air mata di pipi.Setiap hari hidupnya diburu bayangan jejaka tersebut.Setiap hari hatinya menanggung gelora rindu yang mendalam terhadap jejaka tersebut.Setiap hari hatinya menanggung derita kerana teringat-ingat panahan kata-kata hina yang dilemparkan oleh kedua orang betina tersebut kepada Markisa.Hati Markisa terguris,tercalar dan bermula dari situlah Markisa kehilangan keyakinan dirinya dan terus mengutuk dirinya sendiri.Adakah Markisa akan mencintai lelaki lain?Adakah cinta Markisa akan kekal berpaut pada jejaka tersebut iaitu Ashraff?Bagaimana pula cinta Markisa terhadap Sang unsung tersebut iaitu safwan?Dan siapakah lelaki seterusnya yang bakal muncul dalam hidup Markisa untuk merawat lukanya?Adakah lelaki tersebut berjaya menakluki hati Markisa?

quaker couple Pictures, Images and Photos

0 comments: