Cantik wajahnya jika ditenung,Sejuk hatiku memandang senyumannya yang sangat manis dan menarik.Hati aku begetar sungguh kencang sebaik sahaja dia lalu dan menyapaku.Aku tidak mampu melawan perasaan ini.Perasaan ini sudah pun mengawal diriku.Perasaan ini sudah lama mencengkam jiwaku.aku tahu siapa dia.Aku tahu dia bagaimana.tapi aku tidak sekali dapat melawan perasaan ini terhadapnya.Aku mempunyai insan lain dalam hidupku.Tetapi perasaan aku,hatiku hanya terpaut pada dia seorang.Jauh di sudut hatiku,meronta-ronta mahu memilikinya.Aku tidak obses padanya,tidak sama sekali walaupun aku sedar bahawa aku pada mulanya terpikat dengan keindahan wajahnya.aku benar-benar mencintainya.Bertahun-tahun aku menyimpan perasaan ini.Sungguh sakit,sungguh menyiksakan,apabila tidak dapat diluahkan.Sungguh melukakan apabila aku terpaksa berlakon di hadapanya seperti tiada apa-apa di antara aku dengannya.Bertambah sakit apabila mengetahui dia sangat mencintai gadis lain.Sangat menyiksakn apabila melihat dia bersama gadis lain,memeluk,membelai,mencium gadis tersebut.Hatiku memberontak dan meronta-ronta kerana terlalu cemburu.Namun,tidak disangkakan sang usung tersebut telah dilukai dengan parahnya oleh gadis yang dia cintai.Sangat teruk dan sangat tragis apa yang dilalui oleh sang unsung tersebut.Dia seperti kehilangan arah tujuan hidup,Hidupnya hanya dalam kegelapan,dia telah merosakan dirinya dan mula terjebak dengan kegiatan negative.Hatinya hancur berkecai seperti kaca yang terhempas.Pelajaranya terganggu,emosinya tidak menetu,jiwanya yang sakit tidak dapat dikawal.sehinggakan dia terpaksa hidup dengan ubat-ubatan,dijaga dan dirawat seperti orang ssakit jiwa.penyakit yang dihadapinya juga bertambah teruk dan parah.semangat tinggi yang dia miliki sudah hilang.ini semua hanya kerana cinta.dia gila sebab cinta.dia rosak sebab cinta.dia miskin sebab cinta.dia tandus sebab cinta.hidupnya musnah sebab cinta.semangatnya hilang sebab cinta.dia sakit sebab cinta.kenapa gadis tersebut sanggup melukai hatinya seperti menikam tombak yang tajam dihatinya?kenapa?apa lagi yang tidak cukup.sang unsung itu mencintainya lebih dari segalanya.adakah hanya kerana terlau materialistic,dia sannggup berbuat demikian?di mana kejujuran cinta?di mana perasaan belas kasihan?di mana?kenapa begitu kejam dilalukannya?Ya Allah,sakitnya hatiku menanggung kesedihan,keperitan yang ditanggung sang unsung yang sangat ku cintai.dia yang terluka,tapi aku yang merasa,dia yang menderita,tapi aku yang kesakitan,hari-hari aku menangis,dan bertanya kenapa harus dia menanggung kesakitan itu?sedangkan dia tidak layak menerima kesakitan tersebut.Jika diberi peluang ingin sekali aku menjadi penawar lukanya,ingin sekali aku membawa keajaiban dalam hidupnya,ingin sekali aku membawa kebahagiaan yang sebenar dalam hidupnya.Aku tidak mahu melihat dia kecewa dan menderita lagi.Aku mahu mengubah hidupnya,mengembalikan semangatnya yang telah hilang.Menjadi teman hidupnya adalah keinginan aku sekarang.Adakah semua ini akan terjadi walaupun aku sekarang didampingi insan lain?
Sunday, November 30, 2008
senandung pertama
Posted by efmotion kissing under an umbrella at 9:50 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment